Terkadang hati ini
tertanya-tanya, kenapa lain yang dipinta..lain yang datang.. datang yg hensem,
kaya, berhati, berkerjaya tapi..tapi.. hurmm.. sedihnya hati ni… he not what I want,
I don’t want anything from you.. bukan harta yang sy kejar, bukan pangkat yang
saya kejar, bukan rupa paras yang saya kejar, bukan duit, bukan apa2.. sy cuma
mahukan seseorang yang cintakan saya, dan paling penting dia tahu kewajipannya
sebagai seorang muslim.. tiada guna kamu ada segala2nya tapi kalau soal hal
ibadat kamu tidak ambil peduli, yaa.. you have everything.. but ur money can’t
buy my love, not.. sy berharap suatu
hari nanti awk dikurniaakn hidayah.. amin.. maaf atas segalnya.. sehingga hari ni, hanya Allah yang tahu jodoh
saya.. insyaAllah, suatu hari nanti Allah akan anugerahkan saya sesuatu yg
tidak sangka.. ya Allah.. perkenankan doa hamba-Mu ini.. aku tidak berharap
seseorang suami itu semestinya berjubah, berkopiah 24 jam.. but, sekadar
melengkapi, tidak tinggal kewajipannya, tahu batasan, bimbing saya dan
anak-anak agar menjadi soleh dan solehah, tahu siapa penciptaNya.. amin.. Ya
Allah..sesungguhnya kau maha Mengetahui.. #pimpinsayahinggakesyurga
Welcome...ahlan wasahlan, uhibbukum..
Saturday, 25 April 2015
Wednesday, 1 April 2015
Motivasi: Sebelum Aku Bernikah – Bila Saya Ditolak.
Hari itu tenang sahaja. Saya masih ingat, ketika
itu adalah sekitar bulan September tahun 2009. Tahun di mana saya pertama kali
menjadi penulis buku. Buku saya dan novel saya yang pertama terbit pada tahun
itu, bulan April, di Kuala Lumpur International Book Fair. Novel VT dan Buku
Motivasi LangitIlahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Saya ketika siang hari itu,
telah mendapat SMS daripada Ibu perempuan yang saya cintai, bahawa dia akan
menghubungi saya pada petangnya, waktu Jordan.
Semasa dalam perjalanan pulang dari kelas, saya
berbicara dengan sahabat serumah saya:
“Mak perempuan yang aku cinta, nak call aku malam
ni.”
Kawan saya itu bergurau: “Alah, mak dia aja yang
minat dekat engkau. Anak dia tu nanti reject kau!”
“Hish, janganlah cakap macam itu.” Saya menyiku
sahabat saya.
Kami ketawa.
Panggilan
Itu Adalah Panggilan Duka.
Apabila hendak berbicara dengan Si Ibu pada petang
itu, rumah saya sedang sibuk menguruskan makanan untuk program hari raya
aidilfitri pelajar Malaysia di Jordan. Kami buat program hari raya lambat
sedikit. Sudah hampir berakhir syawal, baru buat. Saya duduk di dalam bilik,
tidak mahu menganggu rakan-rakan di ruang tamu yang sedang bertungkur lumus
membungkus makanan.
Saya tidak pernah berhubung dengan perempuan yang
saya cintai sebelum itu. Saya hanya berhubung dengan Ibunya. Itu membuatkan
hubungan saya dengan Ibunya rapat. Walaupun banyaknya, kami tidak bercakap
perihal anaknya pun. Saya pun segan nak tanya-tanya. Sudah cakap suka sekali,
sudahlah kan.
Tetapi sembang pada petang itu rasa aneh. Si Ibu
ada nada serba salah.
Sebelum itu, surat dari Malaysia baru sampai. Surat
yang dikarang oleh Si Ibu. Menyatakan bahawa, dia ingin nak bertanya kepada
anaknya akan saya. Saya tidak sempat nak karang surat baru, untuk menyatakan
tidak perlu. Saya risau. Umur perempuan yang saya cintai itu masih muda. Tetapi
belum sempat mengarang surat baru, Si Ibu sudah menghubungi saya.
Dan semasa sembang-sembang itu, sampailah kepada
‘tujuan sebenar menghubungi’ saya pada hari itu. Rupa-rupanya, Si Ibu sudah bertanya
kepada anaknya.
“Dia kata, dia tak mahu Hilal jadi suaminya.”
Saya diam banyak selepas itu. Si Ibu yang berbicara
panjang, menenangkan saya. Saya mendengar sahaja, dan kadangkala saya kata:
“Tidak mengapa. Ok sahaja. Makcik jangan risau.”
Sembang-sembang itu berakhir dengan Si Ibu itu
mendoakan saya. Saya diam sahaja. Masa itu, katil saya di tepi tingkap. Saya
cuba melirik langit petang. Jiwa saya rasa seperti sedang ditebuk-tebuk.
Sakit.
Ketika itu, rakan serumah saya yang bergurau siang
hari tadi masuk ke dalam bilik.
“Ha, macam mana? Bila kahwin?” Dia menyakat.
Saya memandangnya. “Kena reject la.”
Kawan saya ketawa. “Janganlah gurau. Macam mana?”
Saya tersengih kelat sahaja masa itu. Geleng. “Tak
tipu. Kena reject.”
Masa saya lihat wajah sahabat saya, saya dapat
lihat dia serba salah.
“Eh, sorry weh.”
“Tak ada apa-apa.”
Dan saya keluar bilik, membantu rakan-rakan
menguruskan makanan. Ketika itu, rakan-rakan semua jadi tahu saya kena reject.
Yang buat saya terharu, semua cuba menenangkan di saya.
“Bunga bukan sekuntum Lal.” Senior saya yang turut
membungkus makanan menenangkan.
Saya hanya mampu diam dan tersenyum. Buat-buat
ketawa sekali-sekala.
Jiwa saya? Sakit.
Menghadapi
Perasaan Itu.
Saya seperti tidak mampu hidup. Ya. Saya merasai
perasaan sedemikian.
“Seperti mayat hidup.” Itulah yang saya sering
ulang kepada diri saya.
Saya yang merupakan AJK Majlis Hari Raya ketika
itu, melalui majlis itu dengan wajah yang sebentar ceria(kala orang ramai
memandang), tetapi bila saya duduk sendiri, saya termenung panjang hingga
disedarkan sesiapa.
Saya seperti tidak nampak masa hadapan beberapa
hari selepas itu.
“Habis, aku nak kahwin dengan siapa? Takkan bujang
sampai tua?” Pernah keluar daripada mulut saya.
Sehari dua itu, yang berdendang dalam komputer saya
adalah lagu-lagu sedih. Saya pernah nak happykan diri saya dengan tengok drama
Jepun, tetapi drama Jepun itu pun ada ceritakan yang watak lelakinya kena
tolak. Saya masih ingat saya menangis bila tengok drama itu.
Bila saya tidur, saya sentiasa berharap agar saat
saya bangun, semua yang saya hadapi adalah mimpi.
Lemah. Perit. Sakit.
Jiwa rasa terseksa. Seakan-akan tersepit.
Untuk beberapa hari, begitulah yang diri ini
rasakan.
Tetapi untungnya diri ini, adalah apabila mengikuti
tarbiyah.
Saya adalah yang mengikuti usrah. Bahkan, saya
sendiri ada menguruskan beberapa usrah.
Beberapa hari selepas direject, usrah mingguan saya
berjalan. Saya mengadukan masalah saya kepada sahabat seusrah.
“Kadangkala, benda-benda macam ini jadi sebab Allah
mahu kita tingkatkan diri kita lebih lagi.”
Ya. Begitulah sahabat saya sebut kepada saya.
Mengetuk jiwa saya. Membuatkan kabut gelap dalam diri sebelum itu, seakan pecah
sebentar untuk memberikan saya peluang melihat cahaya.
Tingkatkan diri lagi.
“Kadangkala, benda macam ini, perlukan masa Hilal.
Kena ingat balik, kenapa bercinta.” Seorang lagi sahabat mengingatkan.
Perlu ingat balik kenapa bercinta. Ya. Ketika itu
saya mula teringat apakah makna cinta pada saya. Cinta, adalah ingin bersamanya
ke syurga. Jadi, mustahil peribadi seorang yang hendak ke syurga, selemah ini?
Bila putus cinta, mahu merasa seperti hendak mati.
Seakan tidak bermakna hidup.
Apakah itu peribadi manusia yang hendak membawa
seseorang ke syurga?
Selepas itu saya tersedar.
Dan bangkit.
Bukan
Mudah. Tetapi Bukan Mustahil. Dunia Belum Berakhir.
Bukan mudah. Benar.
Tetapi perlu diingat, bukan mustahil.
Memang ada masa, mengalir juga air mata ini bila
terkenangkan diri ditolak. Tetapi sebagai seorang lelaki yang berhajat ke
syurga Allah SWT, yang memegang makna cinta yang luar biasa, saya perlu kuat
untuk memecahkan paradigma cinta yang biasa dijaja.
Putus cinta kelar tangan. Putus cinta jadi orang
jahat. Putus cinta terjun bangunan. Putus cinta pergi serang orang yang tolak.
Putus cinta hidup jadi celaru. Dan sebagainya, yang dijaja oleh dunia hari ini,
yang mewarnakan wajah cinta. Saya, perlu membuktikan bahawa cinta bukan
sedemikian!
Jadi, ‘bersamanya ke syurga’ bukan bererti saya dan
dia jadi suami isteri untuk ke syurga. Tidak semestinya. Asalkan dia dan saya
berada di dalam syurga, itu maksudnya. Jadi, tugas saya yang sudah di’reject’,
adalah meneruskan kehidupan dengan baik dan tidak pula menganggunya.
Maka saya teruskan kehidupan. Saya luaskan
pandangan saya terhadap dunia.
Ya, saya kena reject. Tapi saya masih ada
sahabat-sahabat serumah, rakan-rakan usrah, senior dan junior, Ummi Abah dan
adik beradik, serta dunia penulisan saya. Bahkan, saya masih ada Allah SWT
untuk saya abdikan diri, saya masih ada tanggungjawab dakwah untuk diteruskan
lagi. Di situlah saya fokuskan kehidupan saya.
Meluaskan pandangan terhadap kehidupan. Satu
perkara yang penting, crucial, apabila cinta ditolak atau putus cinta.
Mengelakkan kita dari melakukan perkara-perkara yang bodoh, menghalang kita
dari tidak bersemangat dan sebagainya.
Bukan tidak boleh bersedih, menangis, merasa hiba.
Silakan. Saya juga demikian.
Tetapi jangan lupa, tujuan hidup kita di atas muka
bumi ini bukan untuk ‘mendapatkan seorang lelaki/perempuan’. Tetapi adalah
untuk mengabdikan diri di atas muka bumi ini.
Jadi, cinta yang sebenar, jika kita benar mencintai
seseorang itu, maka bila dia reject kita, kita doakan kebahagiaan buatnya. Dan
kita teruskan kehidupan kita, dengan tidak lagi menganggu kehidupannya.
Itu yang sepatutnya kita lakukan!
Maka, pandanglah peluang dan ruang yang masih ada
dalam kehidupan.
Palingkanlah wajah kita kepada Allah. Mungkin putus
cinta, cinta ditolak, adalah panggilanNya untuk kita lebih merapat kepadaNya,
membersihkan diri dan menjadi hambaNya yang lebih baik lagi.
“Dan
apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia
adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah
dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari
dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syu’ara ayat 30.
Mungkin kita kena reject kerana dosa kita. Kerana
akhlak kita yang masih tidak baik di sisi Allah. Menyebabkan Allah tangguhkan
dahulu kebaikan buat kita. Dia mahu mengampunkan dosa-dosa kita, dengan menguji
kita, agar kita bergerak ke arah perubahan. Ya, siapa tahu?
Positif. Bersangka baik kepada Allah!
Penutup:
Dan Tiga Bulan Berlalu.
Selepas itu, walaupun saya kadangkala teringat akan
perempuan yang saya cinta, tetapi alhamdulillah, saya melalui kehidupan dengan
baik. Tidak tension. Tidak lemah. Bahkan tahun itu adalah antara saat yang saya
mendapat keputusan peperiksaan terbaik sepanjang saya berada di universiti.
Saya sibukkan diri saya dengan menghasilkan karya demi karya, buku demi buku.
Saya juga menyibukkan diri saya dengan merapati junior-junior yang baru datang
ke Jordan ketika itu.
Dan alhamdulillah apabila direject, saya dapat
menyelami perasaan orang lain yang direject, lantas dapat membantu mereka. Itu
antara hikmah mengapa Allah beri saya rasa direject.
Tiga bulan berjalan selepas itu. Saya direject
sekitar September 2009. Pada 16 Januari 2010, bertepatan dengan tarikh lahir
saya yang ke-21, saya keluar dengan junior-junior untuk meraikan hari lahir
saya. Saya rasa sangat bahagia, dan tenang. Saya tidak lagi memikul beban
merasa ‘ditolak’, bahkan sampai satu tahap saya rasa bersyukur ‘ditolak’.
Malam itu, selepas makan-makan di luar, adik-adik
semangat mahu menonton ‘Ketika Cinta Bertasbih 2’, dan kebetulan, ada di dalam
komputer saya. Saya mengajak mereka bermalam di rumah saya ketika itu. Kami
sama-sama menonton kisah itu. Sibuk adik-adik memuji kecantikan
pelakon-pelakonnya, sambil saya asyik tergeletek dengan ulah mereka.
Tiba-tiba, telefon saya berbunyi. Ada panggilan
dari Malaysia. Malaysia ketika itu sudah siang, berbeza dengan Jordan yang
menjengah pagi buta.
Ibu perempuan yang saya cinta, membuat panggilan.
Saya masih baik dengannya. Masih bertukar khabar.
Begitu juga dengan adik beradik perempuan yang saya cinta. Saya masih kekal
bersahabat dengan mereka. Bukan berniat hendak mendapatkan semula perempuan
yang saya cinta, tetapi itulah dia ‘code’ saya. Cinta kepada perempuan itu,
satu hal. Manakala hubungan dengan keluarganya, satu hal lain. Saya tidak
campurkannya. Bukannya saya membina hubungan baik dengan mereka untuk dapatkan
perempuan itu. Hubungan yang baik adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Mengangkat panggilan itu, Si Ibu mengucapkan
Selamat Hari Lahir. Saya jangka, itulah tujuan panggilannya. Kemudian, Si Ibu
berkata:
“Hilal, makcik ada hadiah ni.”
“Iya? Hadiah apa makcik?”
“Anak makcik dah terima Hilal.”
“Ha? Yak ke ni Makcik?”
“Iya. Dia sendiri yang cakap.”
Dan selepas itu, saya terus sujud syukur, dan
meluru ke bilik, berkongsi gembira dengan junior-junior.
“Ini berkat kami la ni Abang Hilal.” Salah seorang
menyakat.
Tetapi saya sendiri tidak tahu, bahawa penerimaan
itu, adalah pembuka kepada ujian-ujian yang baru. Kita akan sambung dalam
lembaran-lembaran yang lain, berkenaan hal ini.
Apa yang penting, luaskan pandangan.
Putus cinta, ditolak, bukan pengakhir kepada
kehidupan.
Lepaskan terus, bila telah putus dan ditolak. Usah
difikir lagi. Teruskan kehidupan.
Kita akan nampak, luasnya rahmat Tuhan.
“Allah
berfirman: AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan
rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya(rahmat itu)
bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang
beriman kepada ayat-ayat Kami.” Surah
Al-A’raf ayat 156.
Maka apabila diuji, fokuskan untuk melakukan banyak
kebaikan di dalam hidup, agar rahmat Allah yang luas itu, ‘menyentuh’ kita.
Mungkin kita diterima semula, mungkin dapat yang lebih baik, mungkin jadi lebih
bahagia, mungkin jadi lebih berjaya, dan sebagainya. Siapa tahu?
Yang penting, percaya kepadaNya, kembali kepadaNya.
Dia Maha Tahu, dan kita hanya berusaha!
#penulisan ni dari seorang penulis yg saya minat,
cerita dia sama dengan cerita aku.. cuma pengakhiran aku belum tahu bagaimana..
yang pasti, Allah mempunyai pelan yg terbaik buat aku.. insyaAllah..amin..
Wednesday, 25 March 2015
Separuh jiwaku pergi :(
Hari yang sedih.. sungguh.. saya
sedih sgt.. sebak dalam hat ni.. awak.. kenapa awk buat saya mcm ni? hari-hari
saya rindu awak..hari-hari saya ingat awak..
hari-hari sy cinta awak.. knp, awk xboleh nampak semua tu.. saya dah
meluahkn isi hati sy.. why u do this to me? apa salah saya.. kalau betul awak
tak cintakan sy.. kenapa awk mesti sentuh hati dan jiwa saya.. lepas satu
persatu awk lakukan, cuba dekatkan diri dgn saya, . lepas tu, awk tinggalkan
saya.. siapa saya dihati awk? adakah kerana saya tak berkerjaya lagi? adakah
sbb sy org kampung, atau sebab dari keluarga yg biasa2.. saya akui, saya tak
sempurna.. saya bukan artis, bukan model, bukan anak datuk tan sri, saya bukan
siapa2.. tapi saya insan yg tak sempurna…
kalau awk xbuat semua tu sebelum ni, sy mgkin ok.. tapi, sy sekarang tak
sekuat dulu.. saya selalu bermimpi agar awak jadi peneman hidup saya di dunia sampai akhirat, peneman saya ketika saya susah dan senang.. ketika saya siat dan sakit.. saya nak bersama awak.. seriously, awak.. i really2 miss you damn much.. sy hilang.. sy yg kuat
makan, kuat gelak, happy go lucky.. da hilang semua tu.. selera mkn sy hilang, terutama bila makan
nasi.. sy tgk nasi pn xada nfsu nk mkn..
nsib baik ada biskut, coklat.. sy
cuba nk mkn, tpi xboleh.. xtahu knp.. jiwa hati sy tak tenteram.. fikiran sy bercelaru.. awk.. dtglah, datang
dlm hidup sy mcm dulu..yg bagi sy semangat, ceria, usikan semua tu.. sy
rindukan awk..sunggh..sgt2 rindukan awk..
kenapa awk xkesiannya saya.. kenapa mesti buat sy mcm ni.. saya rindu…
#awakSukatengok saya menangis? awk xkesian saya... awk tahu, jiwa saya sakit.. :(
Monday, 16 March 2015
Spirit come spirit
Mata
ni masih tak mahu pejam, pusing kiri xkena, pusing kanan tak kena.. fikiranku berceramuk, buntu memikirkan
sesuatu.. tadi, my sis, adik aku call, n agak lama jugak aku otp dgn dia, dia
bgtau masalah dia.. hmm.. about study.. hatiku sedih, sabarlah adikku.. tu
proses dalam pembelajran, pembelajaran tidak semudah a b c.. tingkatkan usaha,
tabahkan hati.. inisiatif yang tbaik yg
aku perlu lakukan ialah memberi kata2 dorongan, rangsangan untuk adikku.. ya
Allah, berikanlah kekuatan untuk dia ya Allah..permudahkanlah jalan bagi dia
..amin.. aku syg adikku.. aku tak mahu lihat dia dlm kesusahan, kesedihan.. ya
Allah, berilah yg terbaik buat hambaMu..amin..
seriously, aku tak boleh tgk org2 disekelilingku ditima kesusahan,
kesedihan.. aku tak boleh.. aku mmg tak boleh.. lebih2 lagi org2 yang aku
sayangi.. jika boleh, kesedihan tu transferlah kepadaku, kerana..hidup ni,
kesedihan tu da sebati dalam jiwaku.. aku dah lali dengan kesedihan.. ya Allah, kebahgaiaan mereka kebahagiaanku,
kesedihan mereka kesedihanku.. kuatkanlah aku Ya Allah, aku merupakan tulang
belakang.. jika aku tak kuat, bagaimana aku ingin kuatkan org lain.. be tough,
be strong syg.. aku akn sentiasa mendoakanmu.. insyaAllah.. Alh dah simpan
rezeki yang terbaik buat dirimu..
Buat
diriku, insan yang bernama Nurhafiza Binti Ishak.. tolonglah kuatkn semangatmu,
jangan mudah rasa kecewa, putus asa, ... ingtlah, awk jgn cepat rasa sedih...
yaa, awk tengah rasa kesedihan skrg kan? Jgn tipu saya.. sebenarnya, fikiran
awk skrg ni bercelaru.. then airmat awk selalu menemani lena malam awk.. awk
jgn mudah rasa give up, ni merupakan proses kehidupan.. tugas awk, di siang
hari, awk kena kuat, kena ceria, gelak, happy go lucky utk org2 sekeliling awk
rsa gembira .. sebenarnya, awk rindukan
someone kan? Yaa.. saya rindukan someone.. tapi sy ta tahu samada dia rindukan
sy atau tak.. enthala, hati2 saya rasa sedih bila melihat komen2 dia with
another girl.. nmpk mcm dia rmai kwn perempuan.. tapi, kenapa saya mesti rasa
cemburu.. :’( ... yaa, sy sedih.. sy cuba pujuk hati dan perasaaan sy.. sbb sy
ta da sapa2 dlm hidup sy, sebenarnya, sy
teringin nak ada partner dlm hidup sy, sy nak share apa yg sy rasa.. kdg2 sy
happy, sy nak share kebahagiaan sy, sometime sy ada masalah, sy nak share dgn dia..tapi
siapa? Saya ta da sapa2.. yaa, sy ada mak abah.. tapi kdg2 apa yg kita nak
share tu tak sama mcm apa yg kita nak share dgn someone yg kita cintai.. jujur,
sy teringin nak share dgn dia, tapi..siapa saya... dia mgkin anggap sy Cuma kawan.. but, ixpa..
sy ada Maha Pencipta saya.. Allah..
Kuatkan semangat sayang, tolonglah kuatkan smngat.. semangat tau, mcm mna ni? Xmau rasa cepat
down k.. mcm mna nak jadi cikgu ni? Nak jdi ckgu kena kuat semangat kn, ..
yaa.. insyaAllah.. doakan saya.. :’)
#bilaSayaNaikAtasSayaTakKanLupaOrangLain
#sayaNakBantuOrangLain
Tuesday, 3 March 2015
Tears :'(
Hari
hariku yang sedih.. entah knp hati ni rasa sunyi sgt sejak
akhir-akhir ni, rasa rindu pada someone yang mungkin dah melupakan
aku.. ya Allah.. sesungguhnya aku hanya insan biasa, aku tdk dpt
membaca hati manusia, adakah dia telah membenciku.. adakah dia sudah
tdk mahu berkawan dgnku? Adakah dia hnya ingin melukakan ku, atau dia
hnya ign mepermainkan perasaanku setelah dia buat aku jatuh hati
dgnnya then perlahan-lahan dia tinggalkanku.. apa salahku.. awak,
kenapa awk buat sy mcm ni.. awk ta kesiannya sy ka.. berhari-hari sy
fikirkan awk, kenapa awk lgsung xbertegur lgsg dgn saya, ta da wish
selamat pagi, selamat malam lagi mcm selalu.. sy betul2 rindukan
awk.. saya buntu, fikiran sy bercelaru.. bila sy nk tidur ja, tiba2
airmata ni mnglir, ta tahu knp.. sy da cuba tahan perasaan ni,
pendam.. sy cuba kuat, sibukkan diri, tapi..fikiran sy ni hnya kat
awk saja.. ketika coretan ini dibuat pn sy sedih sgt.. sy rindukan
awk yg sy kenal sebelum ni, you change a lot.. awk da lupakan sy? :(
… hmm.. hnya Allah tahu betapa hibanya hati saya ni.. sy fhm, at
least awk xsukakn sy, awk ckp terus terang.. jgn buat mcm ni, sy
betul2 ta tahu apa silap saya.. setiap mlm sy fikir.. rasanya spnjg
sy knal awk, sy xpnah pn mnghmburkn perkataan yg tidak baik, sebelum
ni.. . . saya betul betul betul betul rindukan awk yg sy kenal..
sampai bila awk nk buat sy mcm ni.. sy da tegur awk, whtsapp awk,
cuba nk ckp dgn awk.. minta maaf, n mcm2 lagi.. tapi, awk masih
mendiamkan diri mcm ni.. hidup sy kosong skrg, yaa.. sy belajar di
kampus ni, ada kwn2 , tapi hati saya ni rasa something, rasa hiba,
tersentuh.. sedih.. tapi xpa, walau apapun, sy xpernah berdendam dgn
awk.. sy doakn awk bahagia bsma yg tsyang.. doa sy selalu ada utk
awk.. awk jga diri baik2..
last
phrase u for me last night,
“tak
semua lelaki tunjuk rasa sayang dengan kata kata yang manis, beri
hadiah, tunjuk kat 1 dunia dia ada awek. Ada lelaki yg selalu buat
awek dia sentap, usik awek dia, tak tunjuk pun sweet ka apa. Tapi dia
beri “life lesson”. Jadikan awek dia sabar , kuat, tak mudah give
up and lebih menghargai”
I miss you my mr.tweety :'( miss u so much..
Monday, 23 February 2015
sem 2
Pejam
celik pejam celik, dah sem 2 sebenarnya, alahai..cepatnya waktu ni
berlalu kan, emm.. back to real life, as a student.. hidup dalam
keadaan kelam kabut nak pergi kelas, pergi bilik tutorial, tugasan,
test, present.. hurmm.. xpa la, jgn mengeluh.. stay cool, yes.. sy
seorg yg cool, byk masalah tapi cool, walhal dlm hati ni Allah ja
tahu, hmm.. ok2.. hari ni actually, aku rasa bersalah kat someone,
sbb aku terEMOSI sedikit, opsss!! omai,, hmm, xlaa. Aku actually,
rasa sedih, sbb dia suruh tunggu, sepatutnya pergi pagi, then dy ckp
nk prgi sbb masih di Kelantan, aku tunggu smpai petang, aku igtkn dy
xjadi nk ikut, sbb tu rasa sedih, tiba2 ja rasa nk ngis, alahai.. knp
sensitif sgt ni, ta pernah sebelum2 ni, emm.. ok2.. dah2, senyum2!
Xmo sedih2 k.. actually, dia speeed laju2 dari KELANTAN ke BALING nak
hntr aku ke PENANG?? haisyy, what?? saya betul2 rasa terharu, awk
susah2kan diri , penat, lelah jauh hnya nk hntr sy.. smpai di Penang,
bwak usung bag sy yg besaQ bapak tu, berat menanang, msuk bilik sy.. hurm.. :'( .. teringat masa 1.9 dulu waktu sem 1 dy jgk msuk
bilik bwakkn beg utk ku.. ni sem 2.. Ya Allah.. tiada perkataan lagi
nak cakap betapa saya sygkan dia, sy rasa terharu, nk ucp terima ksih
byk2 dekat insan yg sy syg ni.. dia layan aku, mak, abah, keluarga
baik sgt.. especially dgn abah, mmg sblm knal dgn aku lagi abah dgn
dia very closed..
I
admit that, he is my prince charming, .. while me waiting kak n mak
solat dkt masjid, he come to me n we talk face to face, hurmm... my
heart is dup dap dup dap, but.. stay cool, hehe.. he very cute,
handsome , kind boy.. we chit chat “borak-borak” , rasa seronok
sgt, tp seriously, I'm so shy.. geram jugak my niece yg nakal tu, dtg
bisik and she said, “oo.. atih bercinta ea”.. aiisyy, pandai
sgguh budak ni, kcik2 lgi da pndai, malu aku dibuatnya..!! errghh..
iman, oh iman.. usai solat maghrib, pergi makan nasi kandar, then
around 9 pm aku dihntr balik ke desaku Fajar Harapan, sedihnya nk
bpisah dgn mak abh ksyg.. :'( lps salam cium mak abh, dia ckp ok..
bljr rjin2.. aku hnya anggukkkn kpla then senyum nk ngis.. hurmm..
:'(
#nakbalik
#rindu
#sayasayangawak
Friday, 13 February 2015
12.1.2015 (TGNA)
Malam
ni aku bersiap untuk keluar dinner dgn mak abah, sambil2 shopping
barang dapur, hurm,.. aku follow je, hmm.. actually, badan ni rasa
xsihat ja, batuk2 n selesema.. aku pn prgi, niat hati ni terasa nk
mkn tomyam, nak bagi segar sikit badan, kenkononnya.. after shopping
brg2 dapur, abh mak mmg jemput someone.. huhu.. who is he?? hee.. he
is my Mr.Tweety … hehe.. suka suka sukanya.. haha, mlm ni aku boleh
pandang dia, kikiki.. rasanya, kurang sikit da malu aku ni kalau nak
compare dgn sebelum2 ni, tapi malu tu still byk lagi.. lepas je ambil
order, while waiting the order, I saw he n my parents chit chat..
hehe, time ni laa aku ambil kesempatan tgok dia.. hehe, jahat tak
aku, of kod tak kn, aku tgk coz I suka , I miss him a lot.. suddenly,
my uncle a.k.a cik el pn dtg, ??? terkejut gak aku.. diorg dtg dgn
wife, ank2 dy a.k.a my kezzen .. tapi diorg dduk meja sebelah.. hmm,
mlm ni aku nk berubah skit, kn aku dh berjanji nk berubah, so aku pn
ckp2 sikit dgn dia.. hehe.. ckp2 mcm tu je, biasalah.. aku kan, xpe
la..
and
you know what , mlm ni aku agak terkejut bila tgok berita ckp Tuan
Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah kembali kerahmatullah.. part tu
aku rasa hiba sgt.. rasa sedih.. Ya Allah, kami semua telah
kehilangan Murabbi, kami kehilangan Guru, Kehilangan Ulama,
Kehilangan pemimpin, kehilangan bapa, kehilangan permata yang sangat
bernilai.. Ya Allah, aku mohon padaMu, tempatkanlah beliau ditempat
yang mulia, dikalngan para solehin..amin..amin.. TGNA, aku harap kita
dapat bertemu diSyurga nanti..amin.. doaku mengiringimu.. seriously,
aku tak pernah tengok abah menangis, tapi hari ni aku tgok abah mngis
time semasa mengikuti liputan di Astro Awani.. awan mendung
seolah-olah mengiringi jenazah TGNA, pemergian di malam jumaat yang
indah, disambut oleh malaikat, disambut oleh puluhan ribuaan manusia,
ya Allah.. ampunkan semua dosa2 umat Islam... kami telah
kehilangannya.. InsyaAllah, syiar Islam akan terus terpahat dihati
kami.. kami akan terus perjuangankan Islam..We love TGNA.. We always
Miss You.. :'(
#perginya
tiada ganti
#murabbiku
Subscribe to:
Posts (Atom)